Mukadimah
Kurikulum Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) merupakan satu kurikulum pra-sekolah yang dibina khusus untuk pengajian kanak-kanak berumur 5-6 Tahun berdasarkan Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan PASTI (FPP) yang melibatkan anak-anak PASTI dan guru (mualimah).
1.1 Kandungan dan Fungsi Kurikulum PASTI
Kurikulum PASTI adalah mengikut susunan kandungan yang diajar secara tersusun dan sistematik bagi memenuhi serta mencapai matlamat Tarbiyyah Islamiyyah. Pada dasarnya, kurikulum ini adalah pancaran konsep Insaniyyah dari Manhaj Al-Hayah Al Rabbani yang berpaksikan Iman, Islam dan Ihsan. Fungsinya ialah bagi mengawal dan memelihara fitrah manusia supaya potensi-potensi rohaniah, aqliah dan jasmaniyah tidak dirosakkan oleh pengaruh aim sekeliling yang merendahkan kualiti iman manusia. Selain itu, kurikulum PASTI juga berfungsi untuk memperkembangkan fitrah serta potensi-potensi kemanusiaan selaras dengan kehendak matlamat Pendidikan Islam.
1.2 Rujukan Kurikulum PASTI
Rujukan Kurikulum ialah Al-Quran, Sirah Rasul, Sirah Sahabat r.a. dan Sejarah Peradaban serta Tamadun Islam. Kesemua rujukan mengutarakan kepentingan kepada pengangan Tauhid, Fiqh, dan Sirah di samping pengajian bahasa-bahasa, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan riadah.
1.3 Matlamat / Sasaran Kurikulum PASTI
Sasaran paling utama dalam pembinaan kurikulum pendidikan Islam ialah bagaimana memelihara dan mengembangkan fitrah manusia yang sihat. 'Fitrah' dengan segala macam persediaan dan keperihalannya yang berpotensi dalam diri manusia merupakan amanah Allah yang mesti dijaga dan dipelihara supaya ianya tidak dirosakkan. Bahkan, fitrah di wajar diperkembangkan ke tahap 'kesempurnaan kemanusiaan' yakni 'Al- Insani'.
Pencapaian peringkat 'Al-Kamalul-Insani' merupakan sebagai suatu persediaan bagi membolehkan seseorang itu hidup berbahagia di dunia dan akhirat. Kebolehan untuk hidup bahagia ini bukanlah didasarkan kepada kemampuan seseorang mengadakan sesuatu yang diingininya atau memenuhi permintaan masyarakat sekelilingnya tetapi sebaliknya bersandarkan kepada kemampuan seseorang itu mengisi dan mengolah kehendak-kehendak fitrah yang sihat yang dapat memberi sumbangan terhadap masyarakat sekeliling mengikut batas-batas dan norma-norma yang ditetapkan oleh Rabbul A'lamin
Beberapa aspek fitrah yang menjadi ciri kemanusiaan hendaklah diberi rawatan dan pembaikan yang bermula dengan mengajar dan mengasuh. Para guru (mualimah) bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni yang unggul dan yang sebenarnya dalam hidup ini.
Perkembangan fitrah yang selanjutnya akan berlaku dengan penekanan terhadap fitrah yang berpotensi membentuk peribadi Muslim yang unggul serta selari dengan nilai-nilai murni yang diajar. Antara aspek fitrah yang paling penting dalam pengawalan dan pengembangan potensinya ialah akal dan perasaan. Kedua-duanya mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap gerak laku manusia. Pemurnian kedua-dua aspek ini akan menjadi asas kepada perkembangan jiwa dan peribadi anak-anak selanjutnya.
1.4 Hadaf (Objektif) Kurikulum PASTI
Hadaf (Am dan Khas) merupakan ciri utama pembinaan Kurikulum (Curriculum Construction) sebagai hala-tuju memenuhi matlamat sesuatu pendidikan. Walau bagaimanapun untuk menentukan tercapainya matlamat pendidikan itu haruslah mengambil kira faktor-faktor lain yang membantu seperti aspek guru (termasuk latihan guru), kewangan, ciri-ciri murid dan kemudahan (prasarana) yang merupakan faktor saling berkaitan antara satu sama lain.
1.5 Sumber-sumber Hadaf PASTI
Sumber-sumber hadaf PASTI meliputi aspek-aspek berikuta) Tuntutan Islam terhadap pendidikan dan kepentingannya dari aspek Rohaniah, Aqliah dan Jasmaniahb) Maklumat tentang tingkat perkembangan murid (child development), keperluan (needs) dan minat semulajadi (fitrah).c) Keadaan budaya hidup dan masalah-masalah mereka.d) Ciri-ciri dan jenis pembelajaran hasil daripada penelitian mata pelajaran - mata pelajaran yang disediakan.
1.6 Hadaf-hadaf Am PASTI
a) Untuk menyediakan wadah/uslub pendidikan yang menguntungkan masyarakat Win con ummah secara umumnya.
b) Sebagai tapak semaian yang menjadi tunjang kekuatan dan pertahanan ummah yang akan membela agama, bangsa dan negara.
c) Untuk membina generasi yang peka dan kukuh dari segi Iman, Syaksiah, Akal dan Jasmaniah.
d) Bagi melahirkan generasi yang mampu melaksanakan budaya Islam dalam semua kehidupan individu masyarakat dan negara.
1.7 Hadaf-hadaf Khas PASTI
a) Untuk membina generasi yang berasaskan kepada Iman, Islam dan Ihsan dalam kehidupan dan penghidupan mereka serta segala keperihalannya.
b) Bagi menyediakan rangsangan-ransangan bercorak Islam sesuai dengan perkembangan rohaniah, aqliah dan jasmaniah murid-murid secara konsisten dan intensif.
c) Untuk mengenali kehidupan Islam dan membezakan dengan kehidupan Jahiliyah sesuai dengan peringkat kematangan mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menjauhkan diri dari cara hidup Jahiliyah dengan mengerjakan ibadah, mengasah daya fikir, budaya kerja, kemahiran kerja dalam menghayati kebesaran, kekuasaan dan kekayaan Illahi.
d) Untuk memberikan didikan mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan harian secara Islam.
e) Untuk memberikan didikan dan asuhan dalam menguasai cara hidup Islam yang berpandukan Iman, Islam dan Ihsan untuk mencapai keredaan Illahi.
2.1 Rekabentuk Kurikulum PASTI
Oleh kerana Kurikulum Pendidikan Islam berpaksikan kepada Tauhid (Ketuhanan) dan matlamatnya untuk membina 'Sahsiah Islamiah' yang mencernakan dua cirri kemanusiaan yang sangat penting iaitu kehambaan diri kepada Allah (Ibadatullah) semata-mata dan kelayakan diri sebagai (khalifatulla Fil-Ard) maka untuk mencapai matlamat ini memerlukan pelaksanaan yang berkesan. Ini bermakna dengan sendirinya proses pendidikan melibatkan pengajaran dan pembelajaran serta pengasuhan teori-teori Pendidikan semasa (educational theories) bagi melaksana dan menjayakan program-program pendidikan.
Walau bagaimanapun kaedahkaedah dan teknik-teknik pendidikan semasa yang tidak bertentangan dengan Islam boleh membantu kepada pelaksanaan pendidikan Islam bolehlah dimanfaatkan dengan sebaik-baik
Pembentukan Kurikulum PASTI mengambil-kira turutan (sequences) dan perseimbangan (equilibrium) bagi mempastikan model ini berkesan dan mencapai hadafnya (objektifnya). Sebagaimana yang dinyatakan bahawa teras utama pendidikan PASTI ialah Ketuhanan, maka semua aspek, konsep, pendekatan serta perkaitannya dengan semua mata pelajaran menjurus kepada mencapai keredaan Allah SWT. Kurikulum ini akan menentukan hala tuju dan corak hidup anakanak PASTI yang akan berdepan dengan cabaran semasa sebagai garis pemisah kehidupan yang haq atau batil, baik dan jahat, berbahagia atau celaka.
Asas pegangan yang kukuh serta fitrah semulajadi yang terarah ini akan mempengaruhi dan mewarnai tindakan serta perilaku anak-anak PASTI. Norma-norma kehidupan yang baik dan amalan-amalan soleh yang diterima di PASTI menerusi kurikulum yang diikuti akan menjadi kebanggaan individu dan masyarakat. Seterusnya generasi yang terdidik dengan sistem pendidikan Islam ini akan menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan negara dengan iltizarn dan komitmen yang tinggi untuk memenuhi aspirasi negara.
Keberkesanan dan kemantapan kurikulum PASTI ini akan dapat direalisasikan menerusi dua elemen penting iaitu penggunaan bahasa sebagai wasilah (pengantar) dan wahyu sebagai sumber ilmu yang sebenarnya. Justeru, pengajaran dan Pendidikan AI-Quran serta AI-Sunnah hendaklah diserapkan dalam semua mata pelajaran serta digabung-jalinkan dengan penyerapan ilmu bantu-ilmu bantu yang lain.
2.2 Struktur Kurikulum PASTI
Kurikulum PASTI dirangka menerusi empat bidang yang saling berkaitan pelaksanaanya. Keempat-empat bidang itu ialah;
a) Ilmu Fardu Ain.
b) Ilmu Fardu Kifayah
c) Ilmu Alat.
d) Sumber Ilmu
Maklumat-maklumat yang terkandung dalam keempat-empat bidang tersebut diperincikan lagi menerusi mata pelajaran yang diajar. Isi kandungan mata pelajaran mata pelajaran pula adalah merupakan cirri utama ke arah pencapaian hadaf-hadaf yang telah ditetapkan. Isi pelajaran adalah disusun dan dibentuk dalam ruang lingkup (scope) yang lengkap bagi memenuhi semua bahan yang dipelajari, cirri-ciri semulajadi (fitrah) mengikut turutan, bersepadu serta mempunyai perkaitan (interrelationship) dan realistik berasaskan sumber dan masa yang diperuntukkan.
Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut:
a) Quran
b) Al- Tauhid
c) Al-Fiqh
d) Al-Sirah
e) Al-Akhlaq Wal Adab
f) Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tulisan Jawi)
g) Al-Tibb (Kesihatan)
h) Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan.
i) Alam dan Manusia
j) Ilmu Hisab /Asas Matematik
k) Riadah /Pendidikan Jasmani
l) Teknologi Maklumat (Pengenalan Asas Komputer)
2.3 Pendekatan Pengajaran PASTI
Pada peringkat asas pra-sekolah PASTI ini, mata pelajaran tidak diajar secara tersendiri (terpisah-pisah) tetapi diajar dengan cara penyerapan menerusi gabung-jalin melalui kemahiran membaca dan menulis. Oleh itu, semua mata pelajaran yang diajar akan dipastikan;
a) Saling berkaitan di antara sesuatu mata pelajaran itu dengan mata pelajaran Tauhid
b) Gabung-jalin antara mata pelajaran-mata pelajaran seperti bahasa dengan kegiatan membaca dan menulis serta menghafal.
c) Penyerapan suatu pelajaran yang lain seperti Sirah Al-Quran yang diserapkan ke dalam pelajaran Bahasa, Tauhid Ilmu - Hisab, Kesihatan, Alam dan Manusia dan seumpamanya.