Berlemah
lembut dengan anak-anak itu adalah merupakan perlakuan Rasulullah SAW.Bahkan
Baginda SAW apabila baru kembali dari perjalanan,selalu menemui
kanak-kanak.Mereka memberitahu apa sahaja yang mereka kehendaki kepada Baginda
SAW.Di antara mereka ada yang diangkat oleh baginda sendiri di atas
belakangnya,dan baginda mengarahkan para sahabatnya mengangkat kanak-kanak yang
lainnya.
Kerap
kali juga Baginda SAW diminta supaya mendoakan seseorang anak kecil agar
memperoleh keberkatan dan diminta menamakannya,.Anak itu diambilnya dan
diletakkan di pangkuannya.Kadang-kadang anak itu kencing dan Baginda SAW
mendiamkan diri sahaja.Setelah itu barulah Baginda SAW mencuci pakaiannya.
Dalam
pergaulan dengan sesiapun hendaklah menunjukkan muka yang berseri-seri,ramah
dan menunjukkan wajah yang manis.Baginda SAW bersabda:
“Takutilah
kamu dari api neraka sekalipun dengan hanya menyedekahkan belahan kurma.Barang
siapa yang tidak dapat berbuat demikian,maka hendaklah dengan ucapan yang
baik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Syeikh
Muhammad Jamaludin Al-Qasimi - Mauizatul Mukminin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan